Friday, 2 March 2012

RED VELVET CAKE yang mengujakan.



Saya terpanggil untuk membuat RVC ni atas request teman sekerja...teringin nak makan RVC..tapi segan la pulak nak tolong buatkan..kita bukan terer bebeno nak wat kek ni..sebab dua kali buat macam x berapa puas hati wajahnya..huhuu..walaupun rasanya mabellesss!..tapi saya cuba melihat dari sudut positif..sambil try untuk kali 3...sambil2 improve kan skill mem baking neh...kalo jadi..alhamdulilah.. tak lah malu sangat nak bawak sekolah untuk memenuhi hajat sahabat saya NONI...hehe..kalo x jadik...saya ngap je la ngan anak2 di rumah ni....

Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung kek
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk
2 tsp pewarna merah ( sy letak 2 tbs..baru mengancam merahnya)

Pilihan Kedua utk gantikan Buttermilk-campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C -

113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D -

1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting.

250 gram cream cheese Philadelphia
100gm buttercup
1/2 cawan gula ising
240 ml whipped cream-uht

Cara2:

Pukul butter selama dua atau tiga minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Kalau tak sempat nak dedahkan butter. Potong butter dalam bentuk kiub kecil-kecil untuk mudahkan butter kembang dengan cepat. Kalau dalam masa dua atau tiga minit masih belum kembang. Tambah seminit lagi.

Seterusnya. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit.

Masukkan telur satu persatu. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian pecahkan satu biji lagi. Pukul lagi dalam masa tiga minit.

Bila memukul bahan-bahan di atas, saya yakin dinding-dinding mangkuk tu mesti bersepah dengan adunan yang memercik merata-rata. Kaupkan dengan menggunakan spatula. Biar mereka duduk sebati di tengah mangkuk.

Masukkan esen vanilla. Pukul selama 1 minit.

Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan.

Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.

Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci, lg bagus guna spring form.

Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius. Mula-mula saya gunakan suhu 175' C. Selepas 20 minit, saya rendahkan suhu kepada 165'C.

Selepas menutup suhu oven, saya biarkan kek selama 15 minit dalam oven.

Dah tu, saya biarkan kek tu sejuk sambil membuat topping cream cheese.

Cara-cara membuat Topping Cream Cheese.

Sebaiknya dedahkan cream cheese pada suhu bilik untuk memudahkan kerja bila nak pukul nanti.

Pukul cream cheese dengan butter sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 5 minit.

Kemudian tambahkan gula ising. Putar lagi sampai mereka sebati.

Putar fresh cream(rich@value pride) sampai kental & gaul dengan creamcheese + butter td.gaul sebati dengan spatula

Sekiranya adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.


Cara-cara menghias Topping Cream Cheese.

Belah kek menjadi dua lapis.

Ini kaedah dua lapisan.

Letakkan lapisan di atas menghadap ke bawah.

Sapukan cream cheese mengikut citarasa anda.

Letakkan lapisan kedua yang mana bahagian bawah menghadap di atas. Supaya nanti bahagian atas rata tidak membumbung.

Dah siap semua. Terus masukkan dalam peti ais.dah agak2 topping dh keras then blh potong n makan.
Ini la hasilnya....RVC yang paling berjaya. setakat ini..3rd trial ...hehe...


Apam Polka Dottt jugaaakk..


tengok orang buat apam polka dot..rasa nak cuba jugak...macam senang tapi mencabar jugak kekdahnya...lalu saya pon  meng google la kat blog2resepi orang..(hobi saya bila free...) kebetulan ada barang2nya...

3 biji            telor dr peti sejuk
275 gm        tepung gandum
220 gm        gula halus
3 sudu teh   baking powder
150 ml         susu segar..ade resepi kata buleh guna susu cair
1 sudu kecil  ovallete (sy guna jenama nona..ade tanda halal jakim..yakin tau!)
filling            secukupnya..(inti kelapa boleh..blueberi/strawberry..ikut suka..saya beli yang da siap kat kedai kek)
pewarna ikut suka

cara2;
1.pukul gula , telor & ovallete hingga kembang
2.masukkan tepung & susu segar..pukul lagi
3.bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. letak la pewarna mengikut citarasa
4.masukkan adunan dalam piping beg(lebih mudah)/plastik putih biasa pon boleh
5.picitkan adunan dalam mangkuk kertas agak2 separuh(mangkuk kertas tu kena letak dalam acuan kuih talam..supaya dia teletak elok..kalo tak kang melepek je mangkuk kertas tu !) 
6.letakkan inti ..banyak ikut suka
7. picitkan balik adunan sampai +- 3/4  cup..
8.amik adunan warna lain pulak..dot..dot kan
9.kukus dalam api sederhana 10-15 minit..sebelum tutup lapik la dengan kain kat atas..baru tutup kukus tu supaya wap x menitik atas apam td...nanti lobang2 kuih tu)

selamat mencuba la ya...first time cuba memang la agak mencabar & cemomot la sikit..maklum la kita baru je belaja2 masak kuih muih ni...