Friday 9 March 2012

Gaji Oh Gaji......





Betulkah begini tanggagaji yang baru....??syukur alhamdulillah..banyak sket naiknya...sebab kalau ikut tangga gaji sbpa dulu..beza gaji cuma sehengget....sadis btooollll...nasib baik mansuh..hehe...
Tapi yang lebih sadisnya...belom ape-ape..harga barang semua dah naik...umum gaji baru ssm ni..mau rasanya harga barang naik lagi...!tolonglah jangan nakkan lagi harga barannggg...!Saya sangat bersimpati pada golongan yang lebih susah dari saya....

Walau banyak mana sekali pon gaji naik..pandai-pandailah mengurus kewangan dan berjimat cermat.Tips ini mungkin berguna untuk saya dan anda...

1. Berhenti merokok
Katakan sekotak rokok ialah RM10. Jika seminggu anda menghisap dua kotak rokok, bermakna anda telah jimat RM20 seminggu.

2. Bawa bekal makanan ke tempat kerja
Sehari RM6, didarab dengan 5 hari bekerja anda sudahpun jimat RM30.

3. Cuci kereta sendiri
Selain sebagai riadah bersama keluarga, anda dapat menjimatkan caj cuci kereta RM10-RM15 sekali cuci.

4. Beriadah di rumah
Menjadi tabiat sesetengah orang kita yang berdaftar di gym dan kelab kesihatan untuk bersenam. Anda boleh beriadah di rumah bersama keluarga sebagai alternatif.

5. Bayar bil kad kredit pada masanya
Elakkan caj faedah atau denda lewat dengan membayar bil kad kredit pada masanya.

6. Ajar anak anda sendiri
Habiskan masa berkualiti bersama anak anak dengan menjadi guru tuisyen kepada mereka.

7. Lepak di gerai Mamak berbanding restoran
Ubah gaya hidup dengan melepak di gerai Mamak berbanding ke restoran makanan segera seperti Starbucks, McDonalds atau KFC yang makanannya mahal.

8. Kurangkan penggunaan elektrik
Elakkan pembaziran dengan menghadkan penggunaan penghawa dingin dan matikan alat elektrik yang tidak digunakan.

9. Rancang pembelian barangan dapur
Ikut senarai beli belah untuk elak membeli barangan yang tidak diperlukan

10. Bayar bil dengan perbankan Internet
Gunakan perbankan Internet untuk membayar bil dan anda dapat menjimatkan belanja petrol ke pejabat pos atau TM Point.



Bestnya Cuti.....

kartun-islami2





Esok..10 Mac cuti pertengahan penggal satu akan bermula...saat ni memang dinanti2kan oleh semua yan bergelar guru dan murid...tapi saya dan family tidak merancang ke mana2 pon...kecuali nak pergi meraikan hari pertunangan sepupu...Pak Lem nak bertunaaaang..on 17 th Mac...Sabtu..Caya lah Pak Lem....!

Tapi ade beberapa hal yang mencabar mentaliti dan kreativiti saya yang perlu diselesaikan dalam cuti ini...arghhhh!
  1. Marking exam paper...3A, 3E, 5E & 5I(paper 1)...adoiii..mencabar jugak ni...
  2. Buat hantaran pertunangan jiran sebelah rumah...bajet corner..tp lambat laginya nak bertunang pon..1 april nanti..so cuti2 ni boleh la pergi survey harga barang sekitar bajet yang diberi....
  3. Mengubah suai langsir bilik Baitul Hikmah..ishhh..terlaksana x agaknya yang nih? cuti seminggu jer..
  4. Mencuba resepi pandan layered Cake Cik Mat Gebu...kalo jadik..boleh la posting gambarnya nanti...
Agak2nya mana yang patut saya selesaikan dulu...?may be no 1, then no 4...nyum..nyummm!




Wednesday 7 March 2012

Blueberry Oreo Cheesecake

Semakin saya belajar..semakin banyak yang saya tak tahu...dan saya semakin ingin mengambil tahu...saya harap ilmu yang yang saya tahu akan tersemat di kalbu...
  1. 250 x 2 cream cheese.
  2. 500ml whipcream
  3. 3 TBS Halagel Gelatin (larut dengan 1/2)
  4. 2 TBS Lemon Juice (cawan air panas)@ (3 TBS Sunquick)
  5. 1 cup Oreo- Dihancurkan(boleh guna blender kering)/tumbuk je dalam lesung batu...
  6. 1/2 cup Melted butter.
  7. filling blueberry/strawberry (yg masam2 br sedap kot)

CARA-CARA:

  1. Campurkan biskut hancur + melted butter. Press dalam loyang - masuk peti (dlm 30 minit)
  2. Pukul cream cheese sampai lembut/smooth.
  3. pukul freshcream /whipped cream sampai kental
  4. Masukkan whipped cream,gelatin larut,lemon juice. Pukul sebati,masuk loyang yang ada biskut tadi,masuk dalam peti semalaman.kalo nak letak filing kat tengah..buat dalam dua loyang
  5. letak filling kat atas kek, bubuh la ape2 hiasan..asal bahagia.masuk peti balik...