Tuesday, 12 April 2011

Diet Rasulullah SAW





Rasulullah merupakan teladan yang baik dalam mengendalikan diri. Kita harus melihat berbagai cara dan berbagai jenis makanan yang paling disukai oleh Rasulullah. Diantara makanan yang disukai oleh baginda yang dikatakan oleh Aisyah bahw Rasulullah suka daging yang enak dan madu. (HR. Bukhari)

Diet Rasulullah SAW

  • Rasulullah SAW tidak mau mengumpulkan dalam perutnya dengan berbagai macam makanan. Jika baginda memakan daging, baginda tidak menambahnya dengan yang lain. Jika baginda memakan kurma, baginda tidak memakan jenis makanan yang lain. Jika baginda memakan roti, maka cukuplah roti itu saja bagi baginda, jika baginda hanya menemui susu tanpa roti, itupun sudah mencukupi bagi baginda.

  • Menurut Sayyidah Aisyah, perut rasulullah SAW tidak pernah penuh sampai kenyang, baginda tidak pernah meminta makanan, lalu memakan, itu tidak disukainya. Apa saja yang diberikan oleh keluarga baginda, baginda tidak menolaknya. Oleh sebab itu baginda berkata : “Aku lapar sehari dan aku kenyang sehari. Bila aku lapar aku bersabar dan berdo’a dengan merendahkan diri kepada Allah, dan bila aku kenyang aku akan bersyukur kepada Allah SWT”.

  • Rasulullah apabila ingin makan, baginda makan sebelum terlalu lapar, dan berhenti sebelum terlalu kenyang. Bukan harus menuruti kehendak hawa nafsu, dengan memakan sebanyak-banyaknya dari makanan yang lezat menurut selera kita. Sehingga memenuhi perut.

  • Madu adalah sejenis makanan yang dapat menjaga seseorang dari serangan berbagai penyakit, sebagaimana sabda Rasulullah dari Abu Hurairah, “Jika setiap orang menjilat madutiga kali setiap pagi dalam setiap bulan, dia tidak akan menderita sakit keras”.

Demikianlah cara Rasulullah dalam mengatur kehidupan baginda, yang dapat kita tiru dalam menjalani kehidupan kita pada modern ini. Sehingga kita tidak mudak terpengaruh dengan berbagai kemewahan yang membuat kita lupa diri sendiri. Makanan berlebihan itu juga dapat mengakibatkan besarnya hawa nafsu, yang dapat merusak diri dan dapat menyebabkan hidup menjadi keluh kesah dan tidak tenteram.



Monday, 11 April 2011

Mesyuarat oh mesyuarat!

Hari yang memang membosankan....kena handle meeting Panitia Pendidikan Islam yang ke-2...namun alhamdulillah...dah selesai....meeting ni walaupun x semua orang suka,tapi terpaksa la jugak adakan....Menguruskan mesyuarat bukan sesuatu yang senang jika tiada persediaan walau dah bertahun2 jadi Ketua Panitia....(Baru KP..belum jawatan yang hebat2...)Hakikatnya..saya masih lagi belajar bagaimana nak mempengerusikan mesyuarat dengan lebih berkesan....supaya apa yang nak disampaikan tercapai dan x meleret...nanti cakap lebih kerja kurang....buang masa..!balik tidor lagi bagus..hehe! So saya carik2 la tips untuk mempengerusikan meeting...
25 Tips meeting yang berkesan..
  1. Memastikan semua mesyuarat berjalan lancar mengikut etika mesyuarat
  2. Memastikan tiada gangguan dari luar
  3. Memulakan mesyuarat dengan membaca basmallah(Bismillah-hir-rahman-nir-rahim)dan doa (Jika dia orang Islam
  4. Memperkenalkan ahli baru yang hadir dalam mesyuarat
  5. Memperkenalkan anggota lama kepada ahli baru dalam mesyuarat.
  6. Menjelaskan tujuan ,masalah, dan sasaran mesyuarat pada awal mesyuarat.
  7. Mengalu-alukan ahli mesyuarat untuk menyumbang idea dan cadangan.
  8. Tidak mendominasi mesyuarat.(Komunikasi sehala)Hanya Pengerusi sahaja yang bercakap.beliau harus membezakan ceramah ,tazkiran dan mesyuarat.
  9. Memastikan surat jemputan dan agenda diedar lebih awal kepada ahli supaya mereka bersedia untuk memberikan idea semasa mesyuarat.
  10. Beri peluang ahli bercakap
  11. Beri galakan kepada ahli yang malu-malu untuk bercakap.
  12. Pengerusi menonjolkan bahasa tubuh yang positif.mengangguk dan mencatat semasa ahli bercakap.
  13. Catatkan isi mesyuarat supaya mudah untuk buat rumusan di akhir mesyuarat walaupun anda tahu setiausaha yang mencatat minit mesyuarat.
  14. jika ada ahli yang kurang jelas, ulang beri penerangan atau minta ahli lain yang buat penjelasan.
  15. Pengerusi hendaklah mengawal perbincangan,jangan sampai kepada isu yang tidak relevan , meleret-leret kepada waktu yang panjang.
  16. Bahagikan masa yang ada untuk menyelesaikan semua agenda yang ditetapkan.Jangan tumpu kepada satu agenda semata-mata.
  17. Jika sebahagian besar anggota telah memberikan pendapat,pengerusi hendaklah merumuskan suatu keputusan.Sekiranya terdapat bantahan ,beri peluang kepada ahli membuat bantahannya.
  18. Tentukan bentuk tindakan yang akan diambil dan siapa yang terlibat.
  19. Tarik minat semua anggota mesyuarat.Bukannya tertumpu kepada dua tiga orang tertentu sahaja.
  20. Jika ada isu yang mendatangkan ketegangan dalam mesyuarat.wujudkan budaya berkompromi.Pengerusi mesti bertindak sebagai pendamai.Bukan menyebelahi sesutu pihak sahaja.
  21. Elakkan mesyuarat berlanjutan tanpa sebab yang munasabah.
  22. Tetapkan jam berapa mesyuarat akan ditamatkan dan patuhi ketetapan ini.
  23. Jangan bermesyuarat hingga habis waktu solat Zohor atau Asar atau Maghrib.(Mulakan mesyuarat selepas zohor dan sebagainya bergantung kepada kesesuaian)
  24. Selesai mesyuarat, ucapkan terima kasih kepada semua ahli.
  25. Tamatkan mesyuarat dengan doa(Bagi orang Islam)

Friday, 8 April 2011

Anak-anak Satu Amanah.....

Dalam usia yang telah mencecah 40 an..ditakdirkan saya bakal menimang cahaya mata yang ke enam ...memang sukar menerima hakikat ini pada mulanya selepas 7 tahun saya berehat...kalau dulu2 alhamdulillah sihat dan steady kata org bila pregnant..tapi kali ini terasa amat penat dan melelahkan ..terutamanya bila naik ke kelas yang paling atas sekali....
Namun begitu, saya harap ia tidak menjadi alasan untuk saya mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu, guru & pendidik (terima kasih kepada anak-anakku & anak-anak didik yang memahami ...)
Bekalan iman dan ilmu yang saya perolehi telah menyedarkan saya tentang amanah dan tanggungjawab saya sebagai hamba Allah di muka bumiNya.Kita pasti diuji Allah dengan berbagai-bagai cara..kita tidak dapat melawan kehendak dan ketentuan Allah walaupun kita telah membuat perancangan yang teliti..akhirnya saya redha bahawa saya adalah hamba yang dipilih oleh Allah untuk membentuk generasi Islam seterusnya....





5 Petua Lahir Anak Soleh

1. Mempertingkatkkan Iman dan Takwa kepada Allah agar anak meniru sikap yang kita paparkan. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang atau apa-apa disyariatkan kita lakukan

2. Banyakkan memohon kepada Allah SWT dengan menggunakan doa yang ma’thur iaitu doa daripada al-Quran atau Hadis.

Antaranya doa terbaik yang dipetik daripada al-Quran iaitu ayat 38 surah ali-Imran : “Rabbi Hab li Min Ladunka Zurriyatan Toiyibatan, innaka sami’ud du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”

Begitu juga surah Ibrahim ayat 40: “Rabbij’alni muqiimas solati wamin zurriyati rabbana wa taqabbal du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doa permohonan ku.”

3.Hindarkan diri daripada sering bertengkar suami isteri. Ini disebabkan, pertengkaran itu boleh menyebabkan wujud suasana tidak harmoni dalam hubungan suami isteri dan dibimbangi mempengaruhi anak.

4.Jauhi daripada melakukan perkara fasik atau maksiat. Apabila ibu atau ayah sukakan perkara maksiat boleh membawa kerosakan besar dalam hubungan suami isteri, begitu juga anak. Berusahalah mewujudkan suasana baik .

5.Banyakkan membaca al-Quran ketika mengandung. Tidak semestinya membaca ayat pilihan seperti surah Yusuf dan surah Maryam. Sebaik-baiknya, baca sehingga khatam kemudian diulang. Begitu juga apabila anda ingin membesarkan anak, dengarkan anak dengan bacaan al-Quran kerana ia boleh mempengaruhi jiwanya.

Thursday, 7 April 2011

Mimpi ape hari ni....??

wah...mimpi apa agaknya hari ni...??tetiba jer nak menggodak blog ni balik..dah lama saya jugak tak menulis blog neh...hampir setahun...haha..hangat2 tahi ayam..bosan dah dengan fesbuk...jap2 lagi nak fikir ape yang boleh dikongsikan...banyak sebenarnya perkara yang bermain di kepala..semakla...harap2 boleh release bila start menulis semula...