Friday, 9 March 2012

Gaji Oh Gaji......





Betulkah begini tanggagaji yang baru....??syukur alhamdulillah..banyak sket naiknya...sebab kalau ikut tangga gaji sbpa dulu..beza gaji cuma sehengget....sadis btooollll...nasib baik mansuh..hehe...
Tapi yang lebih sadisnya...belom ape-ape..harga barang semua dah naik...umum gaji baru ssm ni..mau rasanya harga barang naik lagi...!tolonglah jangan nakkan lagi harga barannggg...!Saya sangat bersimpati pada golongan yang lebih susah dari saya....

Walau banyak mana sekali pon gaji naik..pandai-pandailah mengurus kewangan dan berjimat cermat.Tips ini mungkin berguna untuk saya dan anda...

1. Berhenti merokok
Katakan sekotak rokok ialah RM10. Jika seminggu anda menghisap dua kotak rokok, bermakna anda telah jimat RM20 seminggu.

2. Bawa bekal makanan ke tempat kerja
Sehari RM6, didarab dengan 5 hari bekerja anda sudahpun jimat RM30.

3. Cuci kereta sendiri
Selain sebagai riadah bersama keluarga, anda dapat menjimatkan caj cuci kereta RM10-RM15 sekali cuci.

4. Beriadah di rumah
Menjadi tabiat sesetengah orang kita yang berdaftar di gym dan kelab kesihatan untuk bersenam. Anda boleh beriadah di rumah bersama keluarga sebagai alternatif.

5. Bayar bil kad kredit pada masanya
Elakkan caj faedah atau denda lewat dengan membayar bil kad kredit pada masanya.

6. Ajar anak anda sendiri
Habiskan masa berkualiti bersama anak anak dengan menjadi guru tuisyen kepada mereka.

7. Lepak di gerai Mamak berbanding restoran
Ubah gaya hidup dengan melepak di gerai Mamak berbanding ke restoran makanan segera seperti Starbucks, McDonalds atau KFC yang makanannya mahal.

8. Kurangkan penggunaan elektrik
Elakkan pembaziran dengan menghadkan penggunaan penghawa dingin dan matikan alat elektrik yang tidak digunakan.

9. Rancang pembelian barangan dapur
Ikut senarai beli belah untuk elak membeli barangan yang tidak diperlukan

10. Bayar bil dengan perbankan Internet
Gunakan perbankan Internet untuk membayar bil dan anda dapat menjimatkan belanja petrol ke pejabat pos atau TM Point.