Friday, 8 April 2011

Anak-anak Satu Amanah.....

Dalam usia yang telah mencecah 40 an..ditakdirkan saya bakal menimang cahaya mata yang ke enam ...memang sukar menerima hakikat ini pada mulanya selepas 7 tahun saya berehat...kalau dulu2 alhamdulillah sihat dan steady kata org bila pregnant..tapi kali ini terasa amat penat dan melelahkan ..terutamanya bila naik ke kelas yang paling atas sekali....
Namun begitu, saya harap ia tidak menjadi alasan untuk saya mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu, guru & pendidik (terima kasih kepada anak-anakku & anak-anak didik yang memahami ...)
Bekalan iman dan ilmu yang saya perolehi telah menyedarkan saya tentang amanah dan tanggungjawab saya sebagai hamba Allah di muka bumiNya.Kita pasti diuji Allah dengan berbagai-bagai cara..kita tidak dapat melawan kehendak dan ketentuan Allah walaupun kita telah membuat perancangan yang teliti..akhirnya saya redha bahawa saya adalah hamba yang dipilih oleh Allah untuk membentuk generasi Islam seterusnya....





5 Petua Lahir Anak Soleh

1. Mempertingkatkkan Iman dan Takwa kepada Allah agar anak meniru sikap yang kita paparkan. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang atau apa-apa disyariatkan kita lakukan

2. Banyakkan memohon kepada Allah SWT dengan menggunakan doa yang ma’thur iaitu doa daripada al-Quran atau Hadis.

Antaranya doa terbaik yang dipetik daripada al-Quran iaitu ayat 38 surah ali-Imran : “Rabbi Hab li Min Ladunka Zurriyatan Toiyibatan, innaka sami’ud du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”

Begitu juga surah Ibrahim ayat 40: “Rabbij’alni muqiimas solati wamin zurriyati rabbana wa taqabbal du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doa permohonan ku.”

3.Hindarkan diri daripada sering bertengkar suami isteri. Ini disebabkan, pertengkaran itu boleh menyebabkan wujud suasana tidak harmoni dalam hubungan suami isteri dan dibimbangi mempengaruhi anak.

4.Jauhi daripada melakukan perkara fasik atau maksiat. Apabila ibu atau ayah sukakan perkara maksiat boleh membawa kerosakan besar dalam hubungan suami isteri, begitu juga anak. Berusahalah mewujudkan suasana baik .

5.Banyakkan membaca al-Quran ketika mengandung. Tidak semestinya membaca ayat pilihan seperti surah Yusuf dan surah Maryam. Sebaik-baiknya, baca sehingga khatam kemudian diulang. Begitu juga apabila anda ingin membesarkan anak, dengarkan anak dengan bacaan al-Quran kerana ia boleh mempengaruhi jiwanya.